Seminggu lepas raya, 26.09.09 cheq ikut sebelah hubby cheq pegi Muar, anak sedare hubby iaitu Dr. Helmi melangsungkan pertunangan dgn kawan dia sama-sama matrik dulu ... Siti Hajar nama nyer ...
Singgah di Masjid Kg. Kangkar untuk menunaikan solat
Masjid Kg. Kangkar Berwuduk utk menunaikan solat
Raudhah (baju merah) & Aisyah. Raudhah baru balik ke Malaysia setelah 4 tahun tinggal di Mesir mengikuti Ayah & Umi dia belajar di Mesir.

membungkus tepak sireh ... Mak Lang dan rombongan dari pihak kami

Inilah hantaran dari Helmi buat Siti Hajar

Wakil sebelah perempuan menerima tepak sireh, perbincangan pun di mulakan. Hasil dari perbincangan wang hantaran telah di tetapkan RM9,696.96. Jumlah hantaran ini di reka oleh kedua pasangan ini yg inginkan keunikan.

Cincin di sarungkan oleh bakal mak mertua ...
Ini la bakal pengantin nyer ... Siti Hajar ... skang bekerja di Hospital Muar sebagai pegawai farmasi ..
Barang hantaran dari pihak perempuan
Gabungan dari kedua belah pihak
Semoga Helmi & Hajar mencapai impian hidup bersama dan berbahgia lah hendaknyer ...
Tahniah di ucapkan kepada kedua-dua nya di atas pertunangan meka.
Selepas selesai majlis pertunangan kami pun bergerak pula ke Taman Muhibbah, rumah abg kepada Abg Hamzah, memandangkan masih bulan raya, so ... kami pun ambik kesempatan la beraya, dia hidangkan sup tulang dan buah duku. Pas tu kami pergi ke Rembau pulak umah kakak Abg Yahya.
Langit membiru di Rembau
Ini la rumah Mak Ngah ...
Hampir maghrib kami bertolak pulak ke rumah Kak Biah kat kg. sebelah ... cheq dah lupa nama kampong tu ... tak de ambik gambar ....makan malam kat situ ... malam pukul 9.00 lebeh baru bertolak pulang ke Kajang ... letih betul ...